MySalam

Tuntutan Covid-19 MySalam B40

Elaun RM50 sehari sehingga maksima 14 hari (RM700) untuk tempoh setahun akan dibayar kepada mereka yang dimasukkan wad akibat wabak Covid-19. Elaun ini adalah untuk kumpulan B40 yang layak sahaja. Penerima mySalam perlulah memenuhi kriteria mySalam.

Cara membuat tuntutan Covid-19

Tututan hanyak boleh dibuat oleh penerima MySalam yang layak sahaja.

 

Skim Perlindungan Kesihatan MySalam Untuk Golongan B40

Apakah itu mySalam

Mulai Mac 2019 ini, golongan 4B yang memiliki pendapatan 40 peratus terendah (B40) yang juga  merupakan penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 layak menerima bantuan Skim Perlindungan Nasioanl B40 yang juga dikenali sebagai Skim mySalam. Skim perlindungan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan ini merupakan hasrat kerajaan untuk membantu golongan 4B dalam menangani masalah kewangan sekiranya dimasukkan ke wad hospital kerajaan atau ditimpa salah satu penyakit kritikal yang tidak disangka-sangka.

Pihak menjangkakan seramai 3.69 juta individu yang layak menerima bantuan tersebut berumur antara 18 hingga 55 tahun. Skim ini bertujuan untuk meningkat kesedaran serta pemahaman mengenai perlindungan insurans serta takaful terhadap golongan 4B ini. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan berharap dengan adanya skim ini ia dapat memberi serta membina kepercayaan golongan 4B terhadap perkhidmatan insurans serta perlindungan takaful yang disediakan oleh syarikat insurans.

Skim mySalam ini merupakan inisiatif kerajaan membantu golongan 4B biarpun kerajaan terpaksa berdepan dengan beban kewangan. Namun, ia dilihat bukan suatu halangan untuk kerajaan memperkenalkan program – program mesra rakyat seperti skim bantuan mySalam ini. Menurut Tun Dr Mahathir juga, skim ini antara langkah yang begitu signifikan untuk merangka sebuah dasar pembangunan kewangan yang lebih mantap serta ekslusif di Malaysia. Ia juga bertujuan meningkatkan pemahaman serta kesedaran di kalangan B40 mengenai perlindungan takaful dan insurans. Kerajaan membelanjakan sebanyak RM 2 bilion bagi membayar kadar premium insurans ini yang melayakkan setiap individu terbabit menerima RM 112 di bawah skim tersebut. Setiap pesakit di bawah skim ini akan menerima sumbangan RM 8,000 yang dibayar secara one-off setelah dikenali menghidap salah satu penyakit yang disenaraikan.

Tuntutan RM 50 sehari

Skim ini juga memberi bantuan sebanyak RM 50 sehari sekiranya pesakit dimasukkan ke wad hospital kerajaan sebagai gantian punca pendapatan harian. Walaubagaimanapun, bayaran ini dimaksimumkan sehingga 14 hari setahun sahaja. Bantuan ini turut membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh golongan 4B ini sepanjang menerima rawatan di hospital.

Penerima yang layak menerima bantuan skim mySalam ini boleh membuat tuntutan mulai 1 Mac ini. Menurut Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia, selepas tarikh tersebut, semua penerima yang layak akan dimaklumkan melalui sms dan juga system perkhidmatan sokongan pelanggan juga akan mula beroperasi memudahkan penerima membuat sebarang pertanyaan.

Sebarang tuntutan boleh dibuat melalui portal mySalam atau di mana – mana cawangan syarikat insurans Great Eastern di seluruh negara bersama dokumen yang lengkap. Sekiranya tuntutan diluluskan, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank penerima bantuan. Kerajaan berharap dengan adanya skim bantuan ini dapat meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan golongan 4B ini supaya memiliki kehidupan yang lebih baik dan bermakna.