Update terbaru RM50 eTunai ,Penjana Ewallet
RM50 eTunai dibawah program penjana boleh mula ditebus pada 31 Julai 2020. Permohonan ini akan dibuka 31 Julai hingga 24 September 2020. Semua kredit etunai mestilah digunakan sebelum 30 September 2020. Rm50 hanya boleh dikreditkan kepada mereka yang telah berdaftar dengan MySejahtera. Orang ramai dinasihatkan untuk mengaktifkan aplikasi ini awal bagi mengelakan kesesakan pada tarikh pembayaran.
Langkah 1 , Download install dan Aktifkan Mysejahtera
MySejahtera adalah aplikasi saringan Covid-19 rasmi yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dan Kemenenterian Kesihatan Malaysia bagi menangani wabak Covid-19. Aplikasi ini mempunyai fungsi seperti check in , hotspot bagi membantu contact tracing Covid-19.
Cara install dan guna MySejahtera
Aplikasi boleh dimuat turun dari Google Playstore ataupun Apple Appstore. Setelah aplikasi dimuat turun, penguna boleh mendaftar dengan nombor telefon dan pengunaan OTP. Penguna kemudian boleh mendaftar dengan maklumat mereka.
*Aktivasi akaun MySejahtera agak lambat kerana server mereka mengalami kesesakan. Jika anda mengalami masalah untuk mendaftar dengan OTP , anda boleh mengunakan pendaftaran dengan emel. Pengguna diharap bersabar dan menunggu mesej aktivasi
Langkah 2
Download, install dan verifikasi mana mana syarikat edompet dari TnG eWallet, Boost, ataupun GrabPay.
Video Tutorial untuk Install aplikasi MySejahtera
Info terbaru dari Kementerian Kesihatan Malaysia
Semua info dan status terbaru Covid-19 akan disalurkan terus kepada aplikasi MySejahtera.
MySejahtera Aplikasi mengesan kenalan
Penguna boleh mengunakan aplikasi ini untuk check in ke premis perniagaan. Click dibutang check in , kemudia pengunaa boleh scan QR code yang terletak di hadapan bangunan.
Hotspot Tracker
Pengguna boleh menggunakan fungsi Hotspot untuk menyemak kawasan yang pernah belaku kes Covid-19. Anda hanya perlu masukkan nama kawasan yang hendak disemak
QR Code untuk premis perniagaan
Warga peniaga dan perusahaan boleh membuat QR code untuk premis perniagaan mereka bagi tujuan “Contact Tracing” berdasarkan SOP di bawah PKP. Mereka yang mengunakan app Mysejahtera tidak perlu mengisi borang check in berkali-kali, mereka hanya perlu scan sahaja dan maklumat akan dimasukan ke MySejahtera secara automatik.Penjanaan QR code untuk golongan perniagaan adalah percuma dah boleh dibuat di laman rasmi MySejahtera.