Bantuan Prihation Nasional (BPN 2.0)

 

 

Panduan Semakan BPN

Sila ke laman rasmi BPN2.0. Masukan Nombor Kad Pengenalan

 

Selesaikan Catpcha 

 

 

Kelulusan Semakan

 

 

 

Pengumuman terbaru dari PM Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bantuan tambahan BPN 2.0 akan diberikan bermula Oktober ini. Mereka yang pernah mendapat BPN tidak perlu memohon untuk bantuan ini dan akan mendapat bantuan ini secara automatik. Bayaran untuk BPN 2.0 akan disalurkan pada masa yang terdekat pada bulan Oktober 2020 dan bulan Januari 2021

 

Fasa 1 BPN 2.0

Oktober 2020

Fasa 2 BPN 2.0

Januari 2021

 

Kategori Bayaran BPN 2.0

1. RM1,000 : B40 Isi Rumah
2. RM500 : B40 Bujang
3. RM600 : M40 Isi Rumah
4. RM300 : M40 Bujang

 

 

Jumlah bayaran BPN 2.0

 

 

 

Bantuan Prihatin Nasional

Berita baik, bayaran fasa kedua BPN akan bermula pada 4 Mei ini. Pembayaran ini yang membabitkan kategori isi rumah dan bujang. Pada kebiasaannya, bayaran akan bermula secara berperingkat mengikut bank, kategori permohonan dan kawasan.

Soalan lazim BPN 2.0

 

A. PENGENALAN BPN 2.0

1. Apakah BPN 2.0?
BPN 2.0 adalah salah satu bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat kesan pandemik COVID-19.
Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan.

2. Siapakah yang layak menerima BPN 2.0?
Penerima BPN 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.

3. Adakah saya perlu membuat permohonan BPN 2.0?
Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.

4. Adakah permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0?
Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020.

 

B. PEMBAYARAN BPN 2.0

 

Berapakah bayaran BPN 2.0 yang akan diterima?
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut

 

6. Bilakah tarikh pembayaran BPN 2.0 akan dibuat?
Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti berikut:
i. Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020
ii. Fasa Kedua – Januari 2021
2
7. Bagaimanakah kaedah bayaran BPN 2.0 ini dilaksanakan?
Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini:

 

8. Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN 2.0 bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak?
Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula bulan Januari 2021.
9. Bolehkah saya membuat kemas kini maklumat diri seperti akaun bank yang telah tidak aktif?
Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan kerana kaedah pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini (Rujuk Jawapan bagi Soalan 7).
10. Sekiranya bayaran dibuat ke akaun bank yang tidak aktif atau salah, apakah yang perlu saya lakukan?
Tuntutan boleh dibuat secara tunai di Cawangan BSN setelah nombor siri wujud pada paparan semakan. Semakan boleh dibuat pada portal rasmi BPN: https://bpn.hasil.gov.my.