Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan pakej bernilai RM127.78 bagi menolong Rakyat Selangor untuk menghadapai wabak Covid-19.

Penjaja berlesen bantuan one-off RM500

Antara golongan yang paling teruk terjejas adalah mereka yang berniaga kecil-kecilan ataupun penjaja. Sumber pendapatan golongan ini berhenti apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Sejumlah RM12 juta diperuntukan bagi membantu golongan ini. Bantuan Khas one-off RM 500  akan disalurkan kepada penjaja dan peniaga berlesen. Permohonan untuk bantuan ini akan dibuka pada 1 hingga 30 April  2020 dan akan disalurkan selepas PKP.  Sejumlah RM40 juta disediakan untuk tujuan ini.

Penjaja dan peniaga berlesen yang berniaga di premis kerajaan negeri juga akan kececualikan pembayaran sewa.  Sejumlah RM12 juta telah diperuntukan untuk usaha ini.

Baris Petugas Hadapan bantuan on-off RM200

Bari petugas hadapan yang memerangi wabak Covid-19 diberi perhatian di pajek ini. Kerajaan Selangor telah memperuntukan RM1.2 untuk Pakej ini. Petugas barisan hadapan akan mendapat bantuan one-off Rm200 untuk menaikk semangat mereka. Selain itu, bantuan makanan juga disediakan kepada mereka.

Penangguhan bayaran balik Skim Hijrah Selangor

Semua pembayaran balik Skim Hijrah Selangor (Skim Mikrokredit Selangor) akan ditanguhkan serta merta untuk tempoh bayaran balik 3 bulan. Beban ini akan ditanguh oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah sejumlah RM70 juta.

Pelajar IPT bayaran one off RM200 di Sabah/Sarawak. Bantuan makanan

Oleh kerana PKP , ramai pelajar IPT dari Selangor tidak dapat balik ke kampung masing masing. Ramai 2500 pelajar IPT di Sabah dan Sarawak akan mendapat bantuan sara diri on-off RM200.

Bantuan makanan sejumlah RM2.3 juta akan disalurkan kepada pelajar-pelajar Selangor yang terpaksa kekal di kampus masing masing. Khususnya pelajar-pelajar dari UNISEL , KUIS, Kolej INPENS, Bantuan makanan ini akan bermula 22 Mac hingga 31Mac.

Peruntukan Khas untuk 56 ADUN Selangor

RM30,000 peruntukan khas akan diberikan kepada 56 adun di Neger Selangor bagi perbelanjaan aktiviti Mesra Rakyat khususnya untuk individu dan keluarga yang terjejas akibat wabak Covid-19.  Peruntukan RM1.68 juta disediakan untuk tujuan ini.

Penangguhan balik bayaran Skim Smart Sewa Selangor

Bayaran balik Skim Smart Sewa akan ditangguhkan untuk 3 bulan. Sejumlah 2,700 penyewa akan mendapatan manfaat dari pakej ini.

Selangor merupakan Negeri tertinggi kes positif wabak Covid-19 , diharap langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri boleh membantu Rakyat Selangor.