PENERIMA BSH DENGAN STATUS TIADA REKOD : ADAKAH BOLEH BUAT PERMOHONAN BARU ?

Ramai yang telah menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) seperti mana yang diumumkan oleh kerajaan. Para penerima BPN juga kebanyakannya merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Walau bagaimana pun, terdapat segelintir individu yang menerima BPN tetapi bukan penerima BSH kerana status ‘Tiada Rekod’ dalam pangkalan data.

Sekiranya situasi ini berlaku, pemohon boleh mengemukakan permohonan baru untuk Bantuan Sara Hidup bagi kategori B40. Namun, tidak semua permohonan BSH ini berjaya kerana kelulusan permohonan adalah berdasarkan kriteria dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak sekretariat.

 

Kategori Bujang

Antara kriteria yang perlu diperlukan adalah seperti berikut :

  • Mestilah berumur 40 tahun dan ke atas
  • Berstatus bujang (ibu / bapa tunggal, balu, janda, duda yang tiada anak, OKU berumur 18 tahun dan ke atas)
  • Pendapatan bulanan di bawah RM 2,000

 

Kategori Isi Rumah B40

Antara kriteria isi rumah yang perlu diperlukan adalah seperti berikut :

  • Telah berkahwin
  • Ibu / bapa tunggal, janda,balu atau duda yang mempunyai anak
  • Berpendapatan bulanan sebanyak RM 2000 dan ke bawah / RM 2001 hingga RM 3000 / RM3001 hingga RM4000

 

Cara Buat Permohonan Baru BSH

  • Permohonan adalah secara manual dengan hadir ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Tarikh permohonan dibuka mulai 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020

 

Senarai Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Beberapa dokumen berikut diperlukan semasa membuat permohonan baru iaitu:

  • Salinan Mykad pemohon
  • Salinan Mykad pasangan
  • Penyata gaji terkini
  • Surat perkahwinan

 

Dokumen ini diperlukan bagi memastikan hanya mereka yang benar – benar layak sahaja akan menerima bantuan ini.

Kriteria Permohonan BSH Ditolak

Antara kriteria permohonan BSH pemohon ditolak adalah kerana :

  1. Berpendapatan bulanan melebihi RM4,000  
  2. Berada dan menetap di luar negara
    3. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
    4. Gagal mengemukakan dokumen sokongan  
  3. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
    6. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
    7. Pemegang saham / pengarah syarikat
    8. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
    9. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
    10. Memiliki motosikal berkuasa melebihi 500cc
    11. Transaksi milikan hartanah melebihi RM 500,000

 

Maklumat Lanjut

Hubungi talian hotline Bantuan Sara Hidup di nombor 1-800-88-2747 sekiranya memerlukan maklumat lanjut berkenaan permohonan baru BSH 2020.