Program Zero Hunger telah dilancarkan oleh Yayasan Brainy Brunch bersama Malakat Mall bagi membantu golongan B40 yang tidak mampu untuk mendapatkan bekalan makanan semasa pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP). Malakat Mall merupakan sebuah pusat membeli belah milik bumiputera yang baru sahaja dilancarkan. Bantuan ini diberikan agar setiap keluarga di kalangan B40 dapat meneruskan kelangsungan hidup semasa tempoh PKP dilaksanakan. Bagi ketua keluarga B40 yang memerlukan bantuan bekalan makanan ini perlu membuat permohonan sendiri dengan kadar segera. Misi Zero Hunger adalah untuk memastikan setiap keluarga yang tidak berkemampuan mendapat bekalan makanan untuk seisi keluarga.
Bantuan bekalan makanan diberikan dalam bentuk bakul berisi makanan keperluan asas yang bernilai RM 100 dan diserahkan kepada keluarga B40 yang memenuhi syarat kelayakan. Sebanyak 1000 buah bakul berisi makanan keperluan asas disediakan bagi program ini. Sekretariat program akan mengenal pasti beberapa lokasi strategik sasaran bagi memudahkan golongan B40 ini menerima bantuan. Bagi keluarga yang tidak memiliki sebarang makanan, mereka akan diberikan nasi bungkus yang sudah siap dimasak. Setiap keluarga B40 yang memerlukan bantuan bekalan ini perlu membuat permohonan dan mestilah mematuhi syarat – syarat kelayakan yang ditetapkan.
Syarat – syarat Permohonan
- Berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 3500 sebulan (seisi rumah) serta mempunyai bekalan makanan yang tidak mencukupi untuk seisi keluarga
- Mempunyai bilangan isi rumah yang tinggi
- Merupakan pekerja yang diberi cuti tanpa gaji sepanjang tempoh Covid-19
- Hilang punca pendapatan disebabkan masalah – masalah lain
- Merupakan peniaga pasar malam yang tidak dapat meneruskan perniagaan serta tiada punca pendapatan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan
- Golongan ibu tunggal yang mempunyai tanggungan isi rumah yang ramai
Cara Membuat Permohonan
- Layari laman web https://sadaqahmarket.com/borang-permohonan-bantuan-bekalan-makanan-untuk-b40/
- Isi maklumat yang diperlukan seperti :
- Alamar emel
- Nama Pemohon
- Nombor Kad Pengenalan
- Alamat Tempat Tinggal
- Negeri Tempat Tinggal
- Nama Majikan
- Nombor Telefon
- Alamat Tempat Bekerja
- Status Pekerjaan
- Nombor Telefon Majikan
- Bilangan Tanggungan
- Stok Makanan Yang Ada Di Rumah Sekarang
- Jumlah Pendapatan Bulanan (Isi Rumah)
- Poskod Tempat Tinggal
- Pastikan anda bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan dengan menandakan pada kotak Ya
- Tekan butang Submit untuk menghantar permohonan
Setiap permohonan yang dihantar akan disaring terlebih dahulu bagi memastikan bantuan ini disalurkan kepada keluarga B40 yang benar – benar layak sahaja. Adalah tidak adil sekiranya bantuan diberikan kepada kumpulan keluarga B40 yang memiliki pendapatan bulanan tanpa sebarang masalah bekalan makanan. Bantuan ini boleh dimohon oleh semua tanpa mengira bangsa dan agama.