Setiap orang pastinya terkesan dengan serangan virus Covid19 yang melanda seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Sebagai langkah pencegahan dari merebaknya wabak ini, pihak kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara. Sepanjang pelaksanaan PKP ini, ramai yang mulai kehilangan pekerjaan kerana banyak sektor industri terpaksa gulung tikar kerana tiada sebarang urusniaga dibenarkan semasa PKP dilaksanakan. Walau bagaimana pun, pihak kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat Malaysia dengan memberikan bantuan yang bersesuaian kepada seluruh rakyat. Kerajaan Persekutuan juga telah mengumumkan beberapa Pakej Rangsangan Ekonomi buat rakyat bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup sepanjang PKP ini. Negeri Selangor juga turut tidak terkecuali telah mengumumkan beberapa Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin buat warga Selangor dan salah satunya adalah Insentif Khas One-Off RM 500 kepada penjaja atau peniaga kecil berlesen tahun 2020.
Bantuan RM 500 akan dibayar secara sekali gus kepada para peniaga kecil dan penjaja yang berdaftar serta memiliki lesen yang masih sah sehingga 20 Mac 2020. Pemohon yang berjaya akan menerima insentif RM 500 dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan dibuat dan akan dikreditkan terus ke akaun pemohon. Namun, hanya permohonan yang lengkap serta memenuhi kriteria yang ditetapkan sahaja akan mendapat kelulusan.
Kelayakan Permohonan
Sebelum membuat permohonan, pastikan anda memenuhi kriteria berikut terlebih dahulu, antaranya :
- Syarat kelayakan asal kepada pemohon
- Pemohon mestilah memiliki lesen atau permit penjaja (di bawah Undang – Undang Kecil Penjaja)
- Lesen yang dimiliki mestilah masih dalam tempoh sah iaitu sehingga 20 Mac 2020
- Syarat kelayakan diperluaskan kepada pemohon
- Pemohon yang merupakan peniaga berlesen tetapi bukan di bawah Undang – Undang Kecil Penjaja yang menyewa premis PBT untuk kategori gerai, kiosk, medan selera dan pasar
- Lesen yang dimiliki mestilah masih dalam tempoh sah iaitu sehingga 20 Mac 2020
Bagi akaun bank pemohon yang muflis, anda perlu mengemukakan beberapa dokumen berikut kepada PBT sebagai bukti muflis, antaranya :
- Kad pengenalan pemohon
- Kad pengenalan pemilik akaun bank
- Salinan lesen penjaja milik pemohon dan masih dalam tempoh sah
- Salinan penyata akaun bank (bagi pemilik akaun bank)
Pemohon juga perlu membuat Aku Janji di dalam emel seperti berikut :
Saya <Nama><No Kad Pengenalan> dengan ini mengesahkan bahawa saya berstatus Muflis. Oleh itu, saya memohon untuk menggunakan nombor akaun bank milik <Nama Pemilik Akaun><Nombor Kad Pengenalan> dalam mendapatkan bantuan insentif RM 500 penjaja di bawah Pakej Selangor Prihatin COVID19.
Saya mengaku bahawa segala maklumat yang dikemukakan adalah sahih dan benar.
Maklumat bank tersebut adalah :
Nama :
No. Akaun :
Bank :
Setelah permohonan dibuat dan mendapat pengesahan dari PBT, pemohon akan dimaklumkan untuk membuat permohonan bantuan secara atas talian menggunakan akaun bank yang diberikan.
Cara Memohon
- Pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian di laman web http://www.selangorprihatin.com mulai 8 April 2020
- Permohonan adalah menggunakan kad pengenalan dan setiap nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan mewakili satu permohonan sahaja
- Sistem akan menolak permohonan yang menggunakan kad pengenalan yang sama
- Pemohon perlu melengkapkan maklumat peribadi termasuklah akaun bank
- Maklumat akaun bank mestilah sepadan dengan maklumat pemohon
Kriteria Permohonan Yang Ditolak
- Pemohon tidak memperbaharui lesen permit bagi tahun 2020
- Pemohon yang berniaga tetapi tidak mendaftar perniagaan
- Pemohon tidak mempunyai lesen / permit perniagaan sah tahun 2020 dari PBT atau Majlis Negeri Selangor di bawah Undang – Undang Kecil Penjaja
Tarikh Tutup Permohonan
- Permohonan boleh dibuat selewat – lewatnya 7 Jun 2020 (Ahad) dan tiada sebarang permohonan dibenarkan selepas tarikh tersebut
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada pihak sekretariat bantuan melalui medium berikut :
- Borang pertanyaan dalam sistem di http://www.selangorprihatin.com
- Talian hotline 24 jam di 1-800-22-6600
- Melalui emel di penjaja@selangor.gov.my
- Talian PBT atau Majlis Daerah masing – masing pada hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang