Bantuan Sara Hidup 2019
Bantuan Sara Hidup sememangnya dinantikan oleh penerima bantuan. Terdahulu, bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia dan telah dijenamakan semula dengan Bantuan Sara Hidup. Penjenamaan semula ini telah diperkenalkan oleh kerajaan baharu, Pakatan Harapan yang meneruskan pemberian bantuan kepada penerima yang layak. Penerima Bantuan Sara Hidup 2019 akan menerima bantuan masing – masing selepas 5 Februari 2019, iaitu setelah perayaan Tahun Baru Cina. Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Pengagihan bantuan ini berkemungkinan berlangsung sehingga berakhirnya bulan Februari atau awal Mac 2019. Masa tambahan diperlukan oleh pihak sekretariat bagi memastikan hanya penerima yang layak sahaja akan menerima bantuan.
Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019
Bagi penerima yang pernah menerima bantuan sebelum ini, hanya pengemaskinian maklumat peribadi sahaja yang perlua dilakukan. Ia boleh dikemaskini melalui laman web rasmi BSH sahaja.
Namun, sekiranya ia merupakan permohonan pertama kali, terdapat dua cara untuk memohon BSH 2019 iaitu :
- Permohonan BSH 2019 Secara Online
- Permohonan BSH 2019 Secara Manual
Permohonan BSH 2019 Secara Online
- Layari laman web https://bsh.hasil.gov.my/
- Isi maklumat peribadi di bahagian permohonan
- Lengkapkan maklumat peribadi dengan betul. Sekiranya anda memalsukan maklumat, tindakan tegas akan diambil dan permohonan anda akan ditolak.
- Setelah lengkap segala maklumat, pastikan anda mencetak borang tersebut sebagai rujukan masa hadapan.
- Pastikan jawapan soalan keselamatan anda dicatit bagi memudahkan urusan login ke dalam sistem kerana setiap kali anda login ke dalam sistem, soalan keselamatan akan diminta dan ia seharusnya tepat dan betul.
- Hantarkan borang permohonan ke pihak sekretariat BSH. Permohonan anda akan dimaklumkan sekiranya berjaya atau tidak.
- Setiap permohonan yang ditolak akan dinyatakan alasan mengapa permohonan anda ditolak.
- Jika anda tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan, sila berkunjung ke cawangan LHDN yang terdekat untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan.
Permohonan BSH Secara Manual
- Dapatkan borang permohonan BSH 2019 yang boleh didapati di cawangan / pusat khidmat Hasil / UTC LHDN yang berdekatan atau muat turut borang di portal rasmi BSH 2019 setelah pengumuman dibuat.
- Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke cawangan / pusat khidmat Hasil / UTC LHDN yang berdekatan sebelum tarikh akhir yang akan diumumkan
Cara Mengemaskini Maklumat Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi penerima BRIM sedia ada
Pemohon perlu membuat pengemaskinian maklumat peribadi sebelum Januari 2019 bagi mengelakkan sebarang keciciran. Tujuan pengemaskinian ini juga adalah untuk memastikan setiap permohonan yang akan menerima bantuan sememangnya layak mendapat BSH.
Cara untuk mengemaskini maklumat adalah seperti berikut :
- Layari laman web https://bsh.hasil.gov.my/Home.aspx
- Masukkan maklumat anda dan klik login. Butang kemaskini akan dipaparkan. Klik butang kemaskini.
- Sila pastikan setiap maklumat telah diisi dengan maklumat yang betul
- Elakkan memberi jawapan yang salah kepada soalan keselamatan lebih daripada 3 kali.
- Isikan maklumat penting seperti alamat rumah, nombor telefon dan no akaun bank.
- Jika pemohon tidak mempunyai waris, sila klik pilihan tiada waris.
- Setelah lengkap maklumat yang diisi, cetak borang tersebut.
Semakan Keputusan Bantuan Sara Hidup
Semakan keputusan permohonan BSH boleh dibuat melalui portal rasmi LHDN atau pun menggunakan mobile apps yang boleh dimuat turun menggunakan telefon bimbit masing – masing.
Nombor Telefon Untuk Dihubungi
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan BSH, nombor – nombor telefon berikut boleh dihubungi :
- Nombor hotline Kementerian Kewangan
03 – 8882 4566 atau 03 – 8882 4565
- Nombor hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat
1 – 800 – 88 – 2716
Waktu operasi untuk nombor hotline ini adalah mulai jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang setiap hari bekerja sahaja.
Sekretariat MoF
Anda juga boleh datang berjumpa dengan para sekretariat Mof untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut di alamat berikut :
Pusat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 62592 Putrajaya
Anda juga boleh berkunjung ke mana – mana kaunter Bantuan Sara Hidup di seluruh Malaysia. Waktu operasi kaunter BSH adalah seperti berikut :
- Cawangan semenanjung: mulai jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang
- Cawangan Sabah / Sarawak: mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Walau bagaimana pun, kaunter dan pejabat BSH tidak dibuka pada hari cuti.
Urusan Waris BSH 2019
Anda perlu mengisi borang waris yang boleh dimuat turut di https://bsh.hasil.gov.my/manualPengguna/BK-20.pdf bagi membuat tuntutan bantuan.
Borang yang telah lengkap diisi pelu dihantar ke cawangan pejabat LHDN yang terdekat.
Skim Khairat Kematian BSH
Skim Khairat Kematian ini boleh dituntut oleh waris kepada warga emas yang telah meninggal dunia. Ia merupakan bantuan kepada pewaris dan pewaris boleh menuntut wang khairat kematian tersebut. Sebanyak RM 100 akan diberikan kepada pewaris yang merupakan penerima bantuan telah meninggal dunia pada tarikh mulai 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019.
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Salinan dan sijil kematian asal
- Kad pengenalan asal pewaris
- Dokumen pertalian antara penerima bantuan dan juga pewaris
Skim Khairat Kematian ini hanya boleh dituntut sekali sahaja pada tahun kematian sahaja.