Permohonan BPR status “DALAM PROSES”

 

 

Pemohon Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) yang telah mengemukakan permohonan secara atas talian pastinya tertanya – tanya maksud status “PERMOHONAN DALAM PROSES” setelah membuat permohonan baharu atau ada sebarang penukaran maklumat. Sebaik sahaja anda membuat permohonan baharu dan status permohonan adalah “PERMOHONAN DALAM PROSES” *anda bukan penerima bayaran fasa 1 BPR 2021, Walau bagaimanapun, permohonan anda akan diproses bagi penentuan kelayakan BPR 2021 bagi fasa bayaran yang seterusnya. Ini bermaksud permohonan anda telah diterima di dalam sistem oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan sedang diproses mengikut turutan giliran.

Ini bermakna anda telah berjaya membuat permohonan dan tidak perlu lagi membuat penghantaran permohonan. Menurut sumber , bayaran untuk permohonan fasa kedua akan bermula bulan Mei 2021. Oleh itu bagi mereka yang berstatus “Dalam Proses” boleh membuat semakan apabila tarikh tepat pembayaran fasa 2 diumumkan.

 

 

Maklumat Lanjut

Anda boleh mengutarakan sebarang pertanyaan berkaitan BPR dengan menghubungi pihak Kementerian Kewangan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di talian berikut:

  • Kementerian Kewangan di talian 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191/ 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • LHDNM di talian 1-800 882 747 / 03-8911 1000
  • Talian boleh dihubungi mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Ahad hingga Jumaat

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan kepada golongan B40 dan M40 yang layak secara one-off. Kesemua penerima bantuan golongan B40 adalah berdasarkan maklumat yang terdapat dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) manakala bagi golongan M40 pula ia berdasarkan pangkalan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Walau bagaimana pun, bantuan ini juga turut disalurkan kepada individu bujang yang tidak menerima BSH dengan syarat perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan dan boleh membuat permohonan baharu secara atas talian.

Kesesakan trafik untuk melayari laman web BPR mungkin berlaku kerana ramai yang cuba masuk untuk membuat semakan dan sebagainya. Anda perlu membuat semakan pada bukan waktu kemuncak seperti di waktu tengah malam atau awal pagi kerana pada ketika ini trafik kurang sesak. Bagi yang diluluskan permohonan akan menerima SMS atau emel berhubung status BPR masing – masing.