Permohonan Gerak Malaysia akan dibuka pada 26 April 2020. Permohonan ini adalah untuk Rakyat Malaysia yang terkandas di negeri lain. Hanya satu kali kebenaran sahaja akan diberikan kepada Rakyat Malaysia untuk pergi ke negeri lain. Tempoh pergerakkan adalah pada 1 hingga 3 Mei 2020.
Aplikasi ini juga boleh digunakan bagi memohon permit seperti pembelian barangan keperluan dalam lingkungan 10km dari tempat kediaman, mendapatan rawatan perubatan. Keadaan kecemasan, ataupun aktiviti membaiki kereta dan membaik pulih kerosakan di dalam rumah.
Soalan Lazim Gerak Malaysia
Q: Adakah ini permohonan untuk balik kampung ?
A: Bukan, anda hanya boleh merentas negeri satu kali sahaja. Jika kamu mengunakan kebenaran ini untuk balik ke kampung, kamu tidak boleh balik ke rumah.
Q: Bolehkah saya mengunakan maklumat orang lain untuk mendaftar?
A: Tidak , tujuan aplikasi ini adalah untuk mengesan nombor bimbit individu.
Q: Bolehkah saya menutup kebenaran GPS ?
A: Tidak, permohonan akan gagal jika kebenaran GSP tidak diberi untuk aplikasi Gerak Malaysia.
Jadual perjalanan Gerak Malaysia
Jadual terbaru (kena tunggu confirmation lagi dari PDRM)
7 Mei – dari Kuala lumpur 8 Mei – Dari Perak, Johor, Kelantan
9 Mei – Dari Perlis, Kedah, P. Penang, Melaka, Pahang
10 Mei – Dari Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu
1. Download dan install aplikasi Gerak Malaysia ( atau update kepada versi yang terbaru )
2. Pendaftaran kali pertama
3. Masukan alamat dan maklumat peribadi yang tepat
4. Pilih permohonan
5. Masukkan alamat asal
Alamat di tempat yang terkandas ( contoh kampung )
6. Masukkan alamat destinasi
Contoh balik rumah sendiri
Permohonan sedang diproses.
.
Semakan tidak perlu dibuat , perjalanan boleh dibuat selepas permohonan. Mereka yang tidak mempunyai telefon pintar boleh memohon di balai polis berdekatan.