Ada berita gembira buat para ibu yang berasal dari Sarawak dan bakal melahirkan anak pada tahun 2020. Bantuan sebanyak RM 450 akan diberikan kepada ibu yang bersalin pada tahun 2020 melalui program Bantuan Ibu Bersalin (BIB) negeri Sarawak. Semasa pembentangan Belanjawan Negeri 2020 yang lepas, kerajaan negeri Sarawak telah mengumumkan bantuan kewangan akan diberikan kepada ibu yang bersalin di negeri Sarawak pada tahun 2020 dengan kadar bantuan sebanyak RM 450 seorang. Skim bantuan ini dilaksanakan sejak 1 Januari 2020 dan diuruskan oleh Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).
Syarat Kelayakan
Para ibu yang ingin memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini perlulah memenuhi syarat serta kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Merupakan warganegara Malaysia
- Merupakan pemegang kad pengenalan Sarawak yang berstatus ‘K’ atau pemohon merupakan isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection)
- Bayi dilahirkan samada di Sarawak atau tempat lain luar dari Sarawak (semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan dan Sabah)
- Pendaftaran bantuan boleh dilakukan dalam tempoh 3 bulan setelah ibu bersalin
Cara Membuat Permohonan
Terdapat dua kaedah permohonan bantuan iaitu seperti berikut :
Permohonan online
- Permohonan boleh dibuat dalam talian melalui Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2020 dengan mengisi borang menggunakan emel di portal https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf-zIEfR6JeMkw-R9K8XRWSZvmcglBljzytnvhF6V05U0TgQg/viewform ikuti langkah selanjutnya
- Isi maklumat dengan lengkap sebelum menghantar permohonan
Permohonan manual
- Permohonan dibuat menggunakan borang yang dimuat turun dari laman web https://kwkpk.sarawak.gov.my/upload/file_folder/Borang%20Permohonan%20BIB%20Ver.4.pdf atau dari cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat / Pejabat Residen / Pejabat Daerah / Bahagian Pembangunan Awal Kanak – Kanak
- Borang yang telah lengkap perlu dihantar ke cawangan pejabat yang berdekatan bersama sijil kelahiran bayi atau nota discaj hospital
Pemohon hanya perlu memohon sekali sahaja. Sekiranya telah membuat permohonan secara manual, pemohon tidak perlu membuat permohonan kali kedua secara online. Permohonan lebih dari sekali akan ditolak oleh pihak KWKPK. Permohonan juga boleh ditolak sekiranya pemohon mengemukakan dokumen palsu atau tidak lengkap tanpa sebarang notifikasi dari pihak KWKPK. Pemohon juga boleh mula memohon bantuan ini sebaik sahaja kandungan telah memasuki usia 22 minggu.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)
- Salinan kad pengenalan suami atau penjaga (depan dan belakang)
- Selinan sijil nikah / perkahwinan sekiranya pemohon bukan pemilik kad pengenalan berstatus ‘K’
- Salinan rekod kesihatan ibu mengandung (muka hadapan sahaja)
- Salinan penyata akaun bank atau muka hadapan buku akaun
- Salinan sijil kelahiran bayi atau nota discaj
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi pihak sekretariat bantuan melaui salah satu medium berikut :
Alamat : Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)
Kementerian Kebajikan,Kesejahteraan Komuniti,Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak
No. Telefon : 082-311340 / 082-311718
Emel : insentif.ibubersalin@gmail.com atau bantuan.ibubersalin@gmail.com
Portal Rasmi : https://kwkpk.sarawak.gov.my/