Permohonan SPIN TEKUN: Pembiayaan Sektor Informal Sehingga RM5,000

Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional telah menawarkan bantuan pembiayaan kepada para usahawan sektor informal yang dikenali sebagai Skim Pembiayaan Informal (SPIN). Sektor informal merupakan pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang juga merupakan badan – badan professional termasuklah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

Skim Pembiayaan Informal ini telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 21 Disember 2020. Pemberian skim bantuan ini membolehkan para usahawan yang tidak memiliki lesen SSM atau PBT dapat memulakan atau memulihkan perniagaan semasa negara masih berhadapan dengan pandemik Covid-19 ini. Bagi melaksanakan SPIN ini, kerajaan telah memperuntukkan kos sebanyak RM 50 juta dan akan memberi manfaat kepada 10,000 usahawan sektor informal di seluruh negara. 

 

Matlamat Pembiayaan SPIN

  • Meringankan beban para usahawan sektor informal yang terjejas pendapatan akibat pendemik Covid-19 
  • Membantu para usahawan informal yang kurang mendapat perhatian oleh pihak kerajaan
  • Menggalakkan para usahawan sektor informal untuk mendaftar dengan SSM dan juga PBT
  • Mewujudkan daya saing serta membangunkan kapasiti serta kebolehan para usahawan
  • Menaiktaraf status perniagaan informal ke peringkat yang lebih baik iaitu perniagaan berstatus mikro, seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi

 

Kadar Pembiayaan

Pemohon yang layak akan mendapat pembiayaan serendah RM1,000 dan RM5,000

 

Tempoh Bayaran Balik dan Kadar Keuntungan

Tempoh bayaran balik adalah dalam tempoh 3 tahun atau 36 bulan dengan kadar keuntungan sebanyak 4% setahun

 

Syarat – syarat Permohonan 

Pemohon perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Merupakan warganegara Malaysia
  2. Bertaraf Bumiputera 
  3. Bagi masyarakat India pula, pemohon mestilah mempunyai perniagaan sah
  4. Mengemukakan bukti perniagaan yang sedang dijalankan

 

Cara Memohon

Cara membuat permohonan adalah seperti berikut :

  1. Muat turun borang berikut :

 

  1. Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang betul 
  2. Hantar borang permohonan ke pejabat TEKUN Nasional yang berdekatan
  3. Senarai alamat lokasi pejabat TEKUN Nasional boleh dirujuk melalui laman web di https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Setiap perniagaan yang sah di sisi undang-undang serta patuh Syariah adalah layak memohon SPIN. Pembiayaan ini dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat ianya masih dalam tempoh pembiayaan. Permohonan yang dihantar akan diproses untuk kelulusan dalam tempoh 7 hari bekerja.

 

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai SPIN boleh diperolehi melalui laman web rasmi TEKUN di https://www.tekun.gov.my atau melalui talian telefon 03-90588550.