Satu siaran media telah diadakan pada 24 Mac 2020 yang lalu oleh Kementerian Perdangan Antarabangsa & Industri (MITI) berkenaan tempoh akhir permohonan kilang untuk meneruskan operasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Syarikat yang ingin meneruskan operasi sepanjag tempoh PKP perlu mengemukakan permohonan secara online. Pihak MITI akan membuat tapisan serta saringan bagi setiap permohonan yang diterima sebelum memberi kelulusan untuk beroperasi.
Satu Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan dan diketuai oleh Menteri Kanan bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Menteri Kementerian Pertanian & Industri Makanan dan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas untuk rakyat Malaysia tidak terputus. Bagi memastikan kelangsungan ini terus berjalan, permohonan dari syarikat yang membekalkan produk berikut adalah diutamakan seperti :
- Makanan dan minuman
- Ubat – ubatan
- Peranti ubatan termasuk picagari, ventilator, personal preotective equipment (PPE), face mask, sarung tangan perubatan, thermometer, kit kecemasan
- Barang penjagaan diri seperti sabun pencuci, bahan pembersih diri, syampu dan sanitizer yang diluluskan
Walau bagaimana pun, terdapat syarikat telah membuat permohonan untuk meneruskan operasi sejak 19 Mac 2020 lagi dan ada setengah daripadanya telah mendapat kelulusan Kerajaan untuk meneruskan operasi. Ia terdiri daripada sektor pembuatan dan juga pengeluaran barang keperluan umum yang dikategorikan sebagai kritikal yang terdiri daripada berikut :
- Makanan dan minuman
- Pelbagai barangan rumah termasuk hand sanitizer
- Peralatan perlindungan peribadi termasuk face mask
- Produk farmaseutikal
- Peranti perubatan dan pembedahan
- Bahan pembungkusan dan percetakan yang dikhususkan untuk industry makanan dan minuman
- Minyak dan gas
Cara Memohon
- Syarikat yang ingin meneruskan operasi sepanjang PKP perlu mengemukakan permohonan secara online melalui laman web rasmi MITI iaitu di https://www.mitit.gov.my atau https://aplication.miti.gov.my
- Pada halaman utama, klik pada CIMS 2.0
- Skrin akan memaparkan nota berikut :
- PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
- APPLICATION FOR COMPANIES TO CONTINUE OPERATION DURING THE MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)
- Klik butang Daftar untuk membuat pendaftaran
- Masukkan nama penuh
- Masukkan alamat email
- Masukkan nombor kad pengenalan baru atau nombor pasport
- Masukkan kata laluan
- Masukkan kata laluan sekali lagi
- Tandakan pada kotak “Saya telah membaca dan bersetuju dengan SOP yang disebutkan di sebelah. Saya mengesahkan bahawa saya akan memenuhi kesemua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri”
- Tekan butang Daftar
- Log masuk akaun menggunakan ID dan kata laluan yang sah, klik butang Log Masuk
- Anda boleh mula membuat permohonan
- Trafik ke laman web MITI agak sesak kerana banyak syarikat yang ingin membuat permohonan dan ada kalanya laman web MITI tidak dapat diakses
- Pemohon atau syarikat disarankan untuk cuba mengakses laman web MITI bukan semasa waktu puncak
Proses Permohonan
-
- Maklumat yang terdapat dalam sistem akan disalurkan kepada Kementerian atau Agensi yang berkaitan untuk pemprosesan.
- Setelah itu, pihak Kementerian atau Agensi akan memberi pandangan dan ulasan samada syarikat yang memohon boleh kembali beroperasi atau tidak.
- Walau bagaimana pun, setiap permohonan perlulah mematuhi kriteria, kelayakan dan syarat – syarat yang ditetapkan.
- Setiap permohonan akan melibatkan pelbagai rujukan yang dikenali sebagai rujukan silang dengan pelbagai pangkalan data yang relevan di peringkat Kementerian atau Agensi.
- Majikan perlu berikrar dan berjanji akan melaksanakan fungsi serta tanggungjawab seperti mana yang termaktub dalam Standard Operation Procedure (SOP) serta panduan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi penguatkuasaan lain yang berkenaan.
- Syarikat yang tidak tersenarai dalam industry yang dibenarkan beroperasi masih boleh membuat permohonan
- Kelulusan boleh diketahui di dalam sistem portal dan sebarang rayuan akan dipertimbangkan secara case-by-case dan keputusan akhir boleh diketahui dalam tempoh 5 hari bekerja
Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Semasa Pengoperasian
- Bilangan pekerja yang dibenarkan mestilah dikurangkan pada tahap paling minimum atau 70 % daripada jumlah yang berdaftar bagi operasi sepnjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Majikan juga digalakkan untuk mewujudkan sistem Work From Home untuk pekerja yang tidak terlibat dengan aktiviti syarikat yang kritikal.
- Pengoperasian syarikat dalam tempoh PKPD adalah mengikut zon yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan juga tertakluk kepada peraturan semasa
- Syarikat beroperasi mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kawasan atau negeri masing – masing
- Keutamaan syarikat adalah memberi tumpuan kepada permintaan / keperluan produk / perkhidmatan bagi pasaran tempatan
- Senarai pekerja yang terlibat sepanjang tempoh PKPD perlu dilaporkan kepada MITI dan pergerakan setiap pekerja terhad dari rumah ke syarikat / premis perniagaan sahaja
- Perlu melantik seorang penyelaras bagi penyelarasan langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 di tempat kerja
- Syarikat perlu memberi taklimat kepada pekerja mengenai Covid -19 dan langkah pencegahan
- Setiap pekerja perlu memakai alat perlindungan diri yang sesuai (mask) sepanjang masa bekerja dan dibekalkan oleh syarikat mengikut keperluan
- Menyediakan alat saringan suhu badan serta membuat saringan gejala batuk, sakit tekak atau sesak nafas. Saringan suhu badan perlu dilakukan di setiap pintu masuk premis / kilang
- Pekerja dengan bacaan suhu melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan memasuki premis
- Syarikat perlu menyediakan hand sanitizer / disinfecting kits di pintu masuk premis dan mengamalkan penjarakkan sosial di kalangan pekerja
- Syarikat hendaklah menjalankan proses pembasmian kuman di premis setiap kali sebelum operasi bermula dan perlu dilakukan 3 kali sehari terutamanya di kawasan umum seperti lobi, lif, kafetaria, surau, pengangkutan pekerja, tandas
Senarai Sektor Tambahan Yang Dibenarkan Beroperasi
Oleh kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April 2020, pihak MITI telah membuat pengumuman sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP fasa 3 ini. Antara sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi adalah seperti berikut :
- Industri Automotif
- Industri mesin dan peralatan
- Industri aeroangkasa
- Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan
- Perkhidmatan professional, sains, dan teknikal termasuk R&D perlu buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi
- Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional (yang berdaftar sahaja)
- Perkhidmatan kedai ‘hardware’, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata (pemborongan dan peruncitan sahaja)
- Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja)
- Perkhidmatan dobi (bukan mesin layan diri)
Punca Permohonan Gagal
Terdapat sebilangan kecil permohonan ditolak oleh MITI kerana syarikat yang memohon tidak dikategorikan sebagai essential services dan tidak begitu kritikal. Malah, permohonan juga ditolak kerana maklumat diberikan tidak lengkap, tidak tepat serta tidak membuat pengurangan pekerja ke tahap minima iaitu sekurang – kurangnya sehingga 50 peratus seperti mana yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Syarikat yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak MITI supaya permohonan tidak ditolak dan gagal.