Pinjaman BSN Kadar Faedah 0% COVID-19

Bank Simpanan Nasional merupakan salah satu institusi kewangan yang prihatin dengan keadaan semasa yang melanda negara Malaysia, iaitu wabak COvid-19. Memahami situasi yang terkesan oleh kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini, BSN telah memperkenalkan Pakej Pembiayaan BSN Micro/I Kredit Prihatin bagi membantu para usahawan kecil dan sederhana dalam menghadapi masalah kewangan disebabkan syarikat tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP. Perkhidmatan pakej pembiayaan oleh BSN ini dapat membantu para peniaga yang terjejas dengan keadaan semasa hari ini.

 

BSN Mikro Kredit Prihatin

Bank Simpanan Nasional juga telah memansuhkan kadar faedah 2% kepada sifar bagi Pakej Pembiayaan BSN Micro/I Kredit Prihatin. Pemansuhan kadar faedah ini sebagai sokongan inisiatif dan keprihatinan kepada kerajaan dalam membantu para usahawan PKS serta usahawan mikro yang terjejas dengan wabak ini. Pakej prihatin PKS tambahan yang diperkenalkan ini dianggarkan sebanyak RM 10 bilion dan diharap dapat mengurangkan beban kewangan yang terpaksa di hadapi oleh golongan usahawan PKS dan mikro.

 

Ciri – Ciri Pembiayaan

  • Kadar pembiayaan adalah sehingga RM 75,000
  • Kadar keuntungan / faedah adalah 0%
  • Tempoh pembiayaan antara 1 hingga 5.5 tahun
  • Tempoh permohonan adalah sehingga 31 Disember 2020
  • Penangguhan bayaran 6 bulan pertama bagi pembiayaan yang telah lulus
  • Pembiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan 
  • Tempoh kelulusan permohonan adalah 6 hari bekerja sekiranya permohonan yang dihantar adalah lengkap bersama dokumen yang diperlukan
  • Tiada sebarang cagaran diperlukan biarpun penangguhan bayaran dibenarkan untuk 6 bulan pertama

 

Syarat – Syarat Permohonan 

  • Terbuka kepada perusahaan mikro dan perniagaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia
  • Mempunyai Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Telah beroperasi melebihi 6 bulan

 

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon atau pemilik tunggal / pengarah / rakan kongsi
  • Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Penyata 3 bulan terkini untuk akaun bank syarikat 
  • Lain – lain dokumen tambahan sekiranya diperlukan

 

Industri PKS adalah antara industri yang turut menyumbang kepada ekonomi negara. Pemberian pembiayaan melalui BSN ini diharap dapat digunakan oleh syarikat PKS dengan sebaik mungkin dalam mengekalkan prestasi serta kecemerlangan syarikat dalam menghadapi isu serta cabaran semasa yang melanda negara.

 

Maklumat Lanjut

  • Pemohon yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pembiayaan BSN ini boleh menyemak senarai maklumat pegawai BSN yang berhampiran untuk dihubungi. Sila semak senarai nama pegawai BSN di https://www.mybsn.com.my/formdownload?formDownloadId=2211 
  • Sila hubungi talian 1300-88-1900 untuk maklumat lanjut; atau
  • Layari laman web BSN Micro-i Kredit Prihatin (Islamik) / BSN Micro-i Kredit Prihatin (Islamic) di https://www.mybsn.com.my/content.xhtml
  • Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak berhubung dengan mana – mana individu yang bukan pegawai BSN atau bertindak sebagai agen BSN kerana pihak BSN tidak melantik sebarang agen untuk mengendalikan permohonan bagi pembiayaan ini.