PKPD Negeri Selangor dan WP Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kerajaan akan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan. Secara kumulatifnya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 98,376 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 20,701 orang.
Semalam, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan 2,133 pemeriksaan ke atas kilang dan 11,369 premis perniagaan.
Daripada jumlah itu, tiga (3) kilang dan 10 premis diarahkan tutup kerana didapati melanggar arahan kerajaan dan SOP.
PKPD Negeri Selangor dan WP Kuala Lumpur
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pembentangan kepada Mesyuarat Jawatakankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi COVID-19 di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi. Selangor melaporkan purata kes harian COVID-19 antara 1,800 ke 1,900. Manakala di WP Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes. Kesemua daerah di Selangor dan WP Kuala Lumpur melaporkan insiden kes COVID-19 melebihi 12.1 /100,000 penduduk.
Data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan. Situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK).
Sehubungan itu, melalui perbincangan pelbagai agensi serta berdasarkan penilaian risiko oleh KKM, Majlis Keselamatan Negara memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di WP Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 sehingga 16 Julai 2021.
Daerah Petaling
Mukim:
– Petaling
– Damansara
– Sg Buloh
– Bukit Raja
Daerah Hulu Langat
Mukim:
– Hulu Langat
– Ampang
– Cheras
– Kajang
– Semenyih
– Beranang
Daerah Sepang
Mukim:
– Dengkil
– Labu
– Sepang
Daerah Gombak
Mukim:
– Batu
– Rawang
– Setapak
– Hulu kelang
– Kuang
Daerah Kuala Langat
Mukim:
– Tanjung 12 (1)
– Tanjung 12 (2)
– Teluk Panglima Garang
– Morib
– Bandar
– Jugra
– Batu
Daerah Klang
Mukim:
– Kapar
– Klang
Daerah Kuala Selangor
Mukim:
– Ijok
– Bestari Jaya
– Jeram
Daerah Hulu Selangor
Mukim:
– Serendah
– Rasa
– Ulu Yam
– Batang Kali
Manakala bagi WP Kuala Lumpur melibatkan lokaliti seperti berikut:
– Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
– Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
– Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
– Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
– Kampung Padang Balang
– Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
– Flat Sri Sabah
– Kampung Puah
– Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
– Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
– Kampung Batu Muda
– Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
– Bandar Baru Sentul
– Taman Ikan Emas
Dengan pelaksanaan PKPD ini, SEMUA laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh PDRM.
Semua penduduk di dalam kawasan PKPD TIDAK DIBENARKAN keluar dari kediaman masing-masing KECUALI seorang (1) sahaja wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.
KKM akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat.
Jawatankuasa penyelaras Program Vaksinasi Kebangsaan juga memberi jaminan bahawa program pemberian vaksin akan dipertingkat dan dipergiatkan di kawasan-kawasan yang terlibat.
Oleh yang demikian, pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal DIBENARKAN dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.
Lapangan terbang dan Pelabuhan dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Aktiviti dan perkhidmatan pengangkutan awam (keretapi, komuter, bas, lapangan terbang, teksi, feri, e-hailing) dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50%.
Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan dua (2) orang sahaja termasuk pemandu.
Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8.00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM.
Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja DIBENARKAN untuk beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.
Selain itu, hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih (loaf), gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi.
Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi Kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.
Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu TIDAK DIBENARKAN keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (work from home).
Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premis-premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat MITI yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja DIBENARKAN
Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Hospital, klinik dan makmal perubatan DIBENARKAN beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.
Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai makanan haiwan, DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Stesen minyak DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi sehingga 24 jam.
Pasar borong DIBENARKAN beroperasi bermula 12.00 pagi hingga 6.00 pagi.
Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO) DIBENARKAN beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 2.00 petang.
Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah TIDAK DIBENARKAN.
Kebenaran dan SOP seperti yang dinyatakan di atas merupakan sebahagian daripada SOP penuh. SOP ini terguna pakai bagi pelaksanaan PKPD di mukim-mukim di Negeri Selangor dan lokaliti-lokaliti di WP Kuala Lumpur.
Maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN di https://www.mkn.gov.my.
PKP penuh akan diteruskan sehingga kurang daripada 4000 kes sehari
Menurut pengumuman terbaru dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perintah Kawalan Pergerakan tidak akan ditamatkan besok 28, Jun 2021. Menurut beliau lagi, PKP akan diteruskan sehingga nilai kes seharian kurang dari 4,000. PKP hanya akan diteruskan sehingga virus Covid-19 benar benar turun. Malaysia mencatatkan lebih 5,000 kes sehari berturut turut.
Senarai Perkidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi
“Total Lockdown” , fasa pertama bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021


Pengumuman YAB Perdana Menteri pada 22 Januari 2021
PKP telah dilanjutkan kepada semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak. Di bawah PKP, dine in tidak dibenarkan untuk restoran dan industri seperti kedai gunting rambut.
Peningkatan Kluster terbaru secara ketara di Malaysia. Kluster peningkatan menglibatkan tempat kerja di mana banyak lagi kluster adalah aktif. Kes import sudah terkawal tetapi kes tempatan sudah meningkat. Jangkitan bermula dari BWN dan kian meningkat untuk warga negara. Bedasarkan R Knot , kes jangkitan dijangka naik hingga 5 ribu pada bulan April.
Fasiliti KKM sudah tidak dapat menampung kes covid yang sudah mencecah 4 digit sehari. Kadar katil ICU untuk hospital di Lembah Klang adalah hampir penuh. Kadar kematian untuk Covid-19 sudah mencapat 0.41%. Pertambahan pesakit Covid-19 menyebabkan petugas KKM lambat untuk menghantar pesakit Covid-19 ke pusat kuarantin ataupun hospital. Peningkatan pesakit Covid-19 secara mendadak akan menglumpuhkan sistem kesihatan negara.
Justeri dengan nasihat KKM, Kerajaan bersetuju bahawa satu tidakan tegas perlu diambil untuk. PKP 2.0 untuk tempoh 14 hari dilaksanakan bermula 13 Januari , 6 buah negeri berisiko tinggi Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Putrajaya,Labuan , Melaka dan Sabah. PKPB Bersyarat akan dilaksanakan untuk 6 negeri iatu Pahang, Perak , Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu dan Kelantan. PKPP Pemulihan pula akan dilaksanakan di Perlis dan Sarawak. Semua aktiviti sosial tidak dibenarkan sama sekali untuk negeri dibawah PKP.
Menurut peruntukan khas YAB Perdana Menteri, total lockdown akan mengurangkan penularan virus , tetapi akan menjejaskan ekonomi negara di mana rakyat akan kehilangan pekerjaan. Oleh itu,langkah terbaik adalah SOP ketat dilaksanakan tanpa menjejaskan ekonomi negara. Hanya 30% penguruskan dibenarkan untuk bekerjan di pejabat dan selainnya perlu WFH, Work from Home. Sekiranya terdapat pekerja dijangkiti wabak Covid-19 , mereka perlu diasingkan dengan cepat dan saringing kontak rapat perlu dilaksanakan. Data yang terkini lebih 51% peratus Covid-19 adalah jangkitan tempat bekerja, termasuk kilang dan tempat pembinaan. YAB PM menyeru semua industri mengikut SOP ketat yang di tetapkan oleh kerajaan.
Dibawah ordinan darurat, penutupan serta-merta boleh diambil kepada premis yang ingkar SOP , tindakan perundangan terhadap pemilik perniagaan dah kompoun yang lebih tinggi untuk majikan yang ingkar SOP.
PKP ( Perintah Kawalan Pegerakan)
Pergerakan rentas negeri adalah TIDAK DIBENARKAN di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga TIDAK DIBENARKAN. Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021. Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja. Bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, HANYA DUA (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama. Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum
RM1,000