Program Jaringan PRIHATIN

Syarikat Telco di Malaysia sudah membuka pendaftaran untuk Program jaringan Prihatin. Program jaringan Prihatin adalah subsidi rebat yang diberi oleh kerajaan Malaysia untuk golongan B40 untuk membeli pakej telefon ataupun telefon bimbit. Pakej dan pendaftaran adalah bergantung kepada syarikat telefon masing masing. Kebanyakan program ini sudah boleh di daftar dengan aplikasi ataupun laman syarikat berkenaan. Untuk menyemak kelayakan anda boleh download aplikasi Telco anda dan mendaftar di sana.

 

Cara membuat permohonan

Permohonan adalah bergantung kepada syarikat telco yang digunakan. Rata-ratanya penguna hanya perlu download aplikasi untuk menyemak kelayakan untuk Program Jaringan Prihatin. RM 180 ataupun RM 300.

 

DIGI

Permohonan untuk Program Jaringan Prihatin Digi boleh dibuat di laman sesawang Digi  di sini . Antara pakej yang ditawar adalah Rebat untuk Digi Prepaid Next 35

 

Celcom

Permohonan untuk Program Jaringan Prihatin Celcom boleh dibuat dengan aplikasi Celcom Life. Kelayakan dan permohonan di bawah Celcom boleh disemak di sini

 

Umobile

Program Jaringan Umobile hanya boleh dibuat dengan mengunakan aplikasi U Mobile

 

Maxis

Maxis hanya boleh dibuat dengan aplikasi Maxis

 

Bantuan RM 180 Kredit Telekomunikasi Mulai Mac 2021

Semasa pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan satu lagi inisiatif yang sangat positif iaitu Program Jaringan PRIHATIN. Melalui program ini, golongan B40 akan menerima bantuan kredit telekomunikasi sebanyak RM 180 seorang. Seramai 8 juta orang akan mendapat manfaat ini pada bulan Mac 2021. Penerima boleh menggunakan bantuan kredit telekomunikasi bagi melanggan perkhidmatan internet atau menampung sebahagian kos bagi pembelian telefon pintar yang baru. Berita ini juga turut diumumkan oleh Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia menerusi sebuah kenyataan rasmi pada 18 Disember 2020 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.5 bilion.

Skim bantuan ini dapat mengurangkan bebanan untuk melanggan perkhidmatan internet yang digunakan untuk pembelajaran (pelajar) atau bekerja dari rumah tatkala rakyat Malaysia masih berdepan dengan virus Covid-19 ini. Selain golongan B40, calon peperiksaan SPM / STPM 2021 adalah layak mendapat skim bantuan ini. Penerima bantuan ini berpeluang menikmati kemudahan internet yang lebih baik melalui program – program yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan menjelang suku tahun pertama 2021.

Kemudahan Komunikasi

Terdapat beberapa kemudahan lain yang akan disediakan oleh kerajaan melalui skim bantuan ini iaitu seperti berikut :

 

WIFI Percuma di 130 PPR Terpilih 

Perkhidmatan WIFI akan diberikan secara percuma di 130 kawasan PPR yang  terpilih di seluruh negara sehingga akhir April 2021. Syarikat yang terlibat terdiri menyediakan perkhidmatan ini terdiri dari Maxis, Celcom, Digi, U Mobile, TIME dan juga Telekom Malaysia (TM).

 

Lanjutan Operasi Pusat Internet Komuniti (PIK)

Waktu pengoperasi bagi semua Pusat Internet Komuniti (PIK) akan dilanjutkan. Ia dibenarkan beroperasi setiap hari mulai jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

 

Subsidi Program Jaringan Prihatin

Program yang diperkenalkan ini membolehkan rakyat menerima peruntukan kredit telekomunikasi sebanyak RM 180 seorang (setahun) atau subsidi bagi menampung kos pembelian telefon bimbit baru bagi golongan B40.

 

Data 1GB Percuma Dilanjutkan

Kerajaan telah bersetuju melanjutkan pemberian kemudahan data 1GB secara percuma kepada orang ramai sehingga bermulanya program subsidi Jaringan Prihatin. Kemudahan data 1GB percuma yang diberikan sebelum ini telah tamat pada 31 Disember 2020.

 

Pakej Data Khas SPM /STPM 2021

Tawaran Pakej Data Khas SPM / STPM 2021 akan diperkenalkan kepada calon peperiksaan dan ianya akan berakhir pada April 2021. Ia akan ditawarkan mulai 6 Januari 2021 dan sebarang maklumat berkenaan pakej ini boleh diperolehi melalui laman web MCM serta syarikat telekomunikasi masing – masing. Lima syarikat telekomunikasi menawarkan kemudahan pas data prabayar pada harga RM 20 untuk 15GB.

 

Maklumat Lanjut

Sila rujuk portal rasmi MCMC di https://www.mcmc.gov.my untuk sebarang maklumat lanjut.