Program Subsidi Upah Perkeso 2.0

Dibawah Program subisidi upah 2.0 Syarikat yang mengalami penrunan hasil >30% akan mendapat 3 bulan subsidi upah.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menambah dana khas ke Perkeso dibawah Pakej Prihatin PKS. Ini adalah untuk membantu majikan Perusahaan Kecil Serdehana (PKS) berikut penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Dibawah Sistem Insurans Pekerjaan Perkeso (EIS) Perkeso, majikan akan mendapatan subisidi gaji bagi memastikan mereka mampu untuk bertahan di bawah Perintah Kawalan Pegerakan. Program ini adalah untuk majikan yang membayar caruman Perkeso di bawah EIS.

Sebelum ini pihak majikan boleh menuntut sebanyak RM600 bagi setiap pekerja, Kadar ini telah dinaikkan kepada RM 1,200. Kadar yang boleh dituntut bergantung kepada beberapa faktor seperti bilangan pekerja sesebuah perusahaan. Program ini akan berkuat kuasa mulai 1 April 2020

 

RM 600

Subsidi RM600 adalah layak untuk syarikat yang mempunyai lebih daripada 200 pekerja. Bilangan pekerja yang layak telah dinaikkan dari 100 kepada 200 orang

 

Kelayakan

  • Pekerja Warganegara Malaysia
  • Untuk syarikat yang berdaftar dan membayar caruman SIP Perkeso EIS
  • Gaji pekerja mesti di bawah RM 4,000
  • Majikan hendaklah memubat akaun syarikat yanng mengalami penurunan pendapatan sebanyak 50% mulai Jan 2020

Program ini bukan untuk mereka yang diberhentikan kerja tetapi untuk mereka yang diberi notis cuti tanpa gaji.

 

Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat di laman rasmi Perkeso  https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/. Hanya majikan sahaja yang boleh membuat permohonan ini

 

Borang Permohonan yang di perlukan

  • Senarai nama pekerja
  • Maklumat akaun bank majikan
  • Senarai pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MYCoid
  • Senarai pendaftaran SSM/ROS/ROB
  • Akuan Pengisyitharan PSU50
  • Dokumen sokongan penyata kewangan, laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan.