PROGRAM TEKUN MOBILEPRENEUR

Apa itu Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 ?

Pembiayaan ni adalah modal untuk usahawan yang menyediakan perkhidmatan penghantaran ehailing dengan motosikal. Di bawah program ini , pinjaman 0% faedah sehingga RM 10,000 akan diberikan untuk tujuan pembelian motosikal dan pendaftaran e-hailing dan juga modal pusingan tunai bagi mereka bermula perniagaan penghantaran ataupun pinjaman RM2,000 bagi membaik pulih motosikal untuk tujuan penghantaran ehailing.  Program ini adalah satu initiatif dari Kerajaan bagi mereka yang terjejas akibat arahan PKP dengan penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Tempoh pembayaran balik adalah dalam 1 hingga ke 3 tahun. Usahawan yang mempunyai pinjaman Tekun layak untuk memohon Mobilepreneur 2.0 jika mereka mempunyai bayaran tunggakan yang kurang daripada 6 bulan. Mereka yang telah mendapat pinjaman Program Covid Business Recovery Micro tidak layak untuk membuat pinjaman Mobilepreneur 2.0.

 

Kelayakan

  • Warga Malaysia Bumiputra dan India sahaja
  • Tidak berstatus insolvensi
  • Berumur 18 ke 60 tahun. Tempoh pinjaman akan tamat sehingga 65 tahun
  • Mempunyai lesen memandu B1  atau B1 yang sah
  • Mempunyai perlantikan yang sah dari syarikat ehailing yang berdaftar
  • Mempunyai motosikal sendiri bagi permohonan untuk baik pulih
  • Pemohonan perlu mengemukakan dokumen asal sebut harga bagi pembelian motosikal
  • Terlibat secara langsung dalam perniagaan
  • Permohonan dengan surat sokongan dari syarikat e-hailing akan diberi keutamaan

Borang Permohonan dan pendaftaran

Pendaftaran boleh secara online dibuat di

https://mobilepreneur.tekun.gov.my/

ataupun pemohon boleh hadir kemana-mana cawangan tekun untuk mendapat maklumat lanjut dan borang permohonan.