Status Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) telah pun diumumkan oleh pihak kerajaan baru – baru ini. Ternyata ada riak wajah gembira di kalangan penerima, namun tidak kurang juga yang kecewa dengan status kelulusan yang diterima. Bagi yang berstatus Tidak Lulus, anda masih boleh membuat rayuan dan ianya boleh dilakukan mulai 15 Jun hingga 30 Jun 2021.
Cara Membuat Rayuan BPR
Terdapat beberapa cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk membuat rayuan iaitu seperti berikut dan ianya adalah berdasarkan contoh membuat rayuan BPN sebelum ini :
Rayuan Melalui email
- Kemukakan rayuan melalui emel dengan menghantar emel ke alamat rayuanbpr@hasil.gov.my
- Sertakan dokumen sokongan yang berkaitan seperti surat pemberhentian kerja dan bukti kehilangan pendapatan yang disebabkan oleh Covid-19
- Contoh tajuk penghantaran emel sebagai panduan :
RAYUAN BPR : 891001011002 (no kad pengenalan) / PERMOHONAN RAYUAN BPR : 891001011002 (no kad pengenalan)
- Tunggu maklum balas dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setelah menghantar emel
Rayuan Melalui Kaunter LHDN
- Permohonan rayuan juga boleh dibuat dengan menghadirkan diri ke kaunter LHDN yang berhampiran dengan mengisi borang yang berkaitan
- Pastikan anda membawa dokumen – dokumen yang berkaitan seperti kad pengenalan, surat rayuan, surat pemberhentian kerja dan bukti kehilangan pendapatan
- Pastikan anda mengikut SOP PKP / PKPB yang ditetapkan sepanjang berurusan di kaunter LHDN
Rayuan Secara Online Bagi Fasa 2 Yang Tidak Lulus
- Berikut merupakan rayuan yang boleh dibuat secara online untuk kategori di atas
- Layari portal rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my dan log masuk ke akaun menggunakan nombor kad pengenalan
- Pastikan kata kunci keselamatan adalah betul dan tekan butang Ya
- Masukkan kata laluan dan klik butang Log Masuk
- Klik butang Semakan Status dan status permohonan akan dipaparkan
- Terdapat empat (4) status permohonan akan dipaparkan iaitu :
- Lulus
- Tidak Lulus
- Tiada Rekod
- Tidak Layak
Sekiranya status anda adalah Tidak Lulus, anda boleh membuat rayuan dengan hanya klik butang Permohonan Rayuan dan anda boleh klik butang Papar Rayuan untuk melihat semula rayuan yang telah dibuat.
Kesimpulan
Seperti mana yang telah diumumkan, tempoh rayuan BPR akan dibuka mulai 15 Jun 2021. Sebarang maklumat terkini boleh dirujuk di laman web BPR iaitu di https://bpr.hasil.gov.my kerana maklumat terbaru akan sentiasa dikemaskini untuk makluman semua.
Maklumat Lanjut
Anda boleh menghubungi secretariat BPR di talian berikut :
- Hotline BPR di LHDN : 1-800-88-2747
- Hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) : 03-8882 4565 /
03-8882 4566
Hasil Care Line (HCL) : 03-