RM150 Kredit Ewallet di bawah program Ebelia

Kerajaan akan memberi kredit wallet RM150 untuk belia di Malaysia di bawah bajet 2021.  Sejumlah RM300 juta telah dialokasi untuk program eBelia dibawah perbentangan program Pemerkasa Bajet 2021. Pada awalnya, bayaran adalah RM100 , namun Kementerian Kewangan Malaysia telah menaikkan bayaran ini ke RM150. Bayaran ini dijangka akan masuk kedalam ewallet mereka yang layak pada bulan Jun 2021. Mereka yang layak hanya perlu mengunakan kredit tersebut sebelum 31 Julai 2021.  Program ini adalah kolaborasi di antara Kementerian Kewangan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan JAKIM.

Syarat dan kelayakan

  • 18 ke 20 tahun di tahun 2021 , untuk mereka yang lahir pada 2001 atau 2003
  • Pelajar yang mengambil kursus sepenuh masa di peringkat diploma , SKM4 dan ke atas di Institut Pengajian Tinggi Awam ataupun Swasa yang berdaftar dengan Kementerian yang berkaitan

Semua maklumat akan diverikasi dengan Pengkalan Data kerajaan dari IPT Swasta , Awam , dan Institusi Kerajaan yang terlibat.

 

Ewallet yang Terlibat

  • Bigpay
  • Boost
  • Tng Ewallet
  • ShopeePay

 

Cara menebus

Sila membuat verifikasi untuk ewallet pilihan yang terlibat dahulu. Untuk membuat verifikasi, pemohon perlu menghantar Kad Pengenalan dan Gambar Profile mereka kepada Edompet yang dipilih. Pada tarikh permohonan yang dijangka bermula 1 Jun, pendaftaran akan dibuka pada aplikasi tersebut. Penguna yang layak, boleh memohon bagi program Tersebut. ETunai kemudian akan dimasukkan kedalam Ewalet mereka yang layak.