RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN, LOGIN AKAUN & CARA PERMOHONAN

Setiap orang pastinya impikan sebuah rumah kediaman sendiri untuk didiami tanpa perlu menyewa lagi. Justeru, kerajaan negeri Johor telah memperkenalkan skim Rumah Mampu Biaya Johor buat rakyat negerinya serta individu yang telah menetap melebihi 5 tahun di negeri tersebut. Projek perumahan ini terbuka kepada golongan yang berpendapatan rendah serta sederhana dan mestilah memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi eJohor.

 

Kriteria Dan Syarat Kelayakan  

Setiap pemohon yang ingin memiliki Rumah Mampu Biaya Johor perlu memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Johor iaitu seperti berikut : 

  • Merupakan warganegara Malaysia dan telah menetap selama 5 tahun di negeri Johor
  • Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berstatus samada bujang atau telah berkahwin adalah layak memohon
  • Pemohon atau pasangan yang telah memiliki RKR melebihi 5 tahun adalah layak untuk memohon rumah kedua
  • Setiap pasangan suami atau isteri hanya boleh membuat SATU (1) permohonan sahaja
  • Bagi pemohon atau pasangan yang telah pun memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B tetap boleh memohon rumah kedua iaitu RMMJ
  • Hanya satu (1) pemilikan sahaja dibenarkan bagi Kedai Kos Sederhana Rendah
  • Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana atau rumah mewah adalah tidak LAYAK memohon
  • Tempoh sah laku pendaftaran Rumah Mampu Milik adalah SETAHUN dari tarikh pendaftaran  

 

Kategori Rumah Mampu Biaya Johor

Projek Rumah Mampu Biaya Johor akan dilaksanakan di Taman Melor Jaya, Tangkak Johor memiliki dua kategori berbeza iaitu :

 

 

Rumah Mampu Biaya Jenis A

Rumah ini merupakan rumah teres dua tingkat berharga RM 42,000 seunit  dan berkeluasan 720 kaki persegi. Jumlah unit yang ditawarkan adalah sebanyak 32 unit sahaja.

 

Rumah Mampu Biaya Jenis B

Rumah ini merupakan rumah teres dua tingkat berharga RM 80,000 seunit dan berkeluasan 850 kaki persegi. Jumlah unit yang ditawarkan adalah sebanyak 48 unit sahaja.

 

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 26 Mei hingga 25 Ogos 2020

 

Cara Pendaftaran Akaun Rumah Mampu Biaya Johor 

Pemohon yang ingin memiliki Rumah Mampu Biaya Johor boleh membuat pendaftaran akaun di portal rasmi https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmDaftarAkaun.htm sebelum boleh membuat pendaftaran.

 

Cara Log Masuk Akaun  

Pemohon boleh log masuk ke akaun di portal rasmi https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmLogin.htm  

 

Cara Permohonan Rumah Mampu Biaya Johor 2020 

Pemohon yang ingin memiliki Rumah Mampu Biaya Johor 2020 boleh membuat permohonan menerusi portal https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/hartanah/index.htm. Pemohon perlu membuat semakan projek serta lokasi perumahan terkini di dalam laman web sebelum membuat permohonan.

 

Cara Membuat Semakan Permohonan Rumah Mampu Biaya Johor 2020 

Semakan boleh dibuat menerusi portal rasmi iaitu di https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmSemakPermohonan.htm

 

Inisiatif Kerajaan

Para pembeli Rumah Mampu Milik Johor akan menerima baucar sebanyak RM 1,000 daripada kerajaan Johor sebagai salah satu inisiatif kerajaan Johor bagi membantu meringankan beban para pembeli rumah. Baucar ini akan diserahkan kepada pembeli sebaik saja pembeli menerima kunci rumah untuk diduduki dan boleh dituntut di Bahagian Perumahan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUJK).

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh diajukan kepada pihak urusetia di alamat berikut :

Bahagian Perumahan Aras 1

Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar

79503 Iskandar Puteri, Johor

 

Atau menghubungi talian telefon di 07-2666260 / 07-2666261 atau emelkan sebarang persoalan kepada  erumah@johor.gov.my.