Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Pada hari ini begitu banyak syarikat pemaju perumahan membina pelbagai jenis rumah untuk rakyat Malaysia. Namun, tidak semua mampu memiliki rumah kediaman sendiri kerana harganya yang agak tinggi memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu agak pada ketika ini. Menyedari isu ini, selaku sebuah syarikat pemaju perumahan ternama, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah memperkenalkan program Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah atau sedang tinggal di rumah yang usang, namun memiliki sebidang tanah untuk membina sebuah rumah yang lebih selesa dan sempurna. Bagi membina rumah ini, pemohon boleh membuat pinjaman daripada pihak SPNB sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

 

Syarat Kelayakan Permohonan 

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Mestilah berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan
  • Pemohon atau pasangan tiada rumah sendiri atau memiliki rumah usang rumah dalam keadaan tidak sempurna
  • Mempunyai sebidang tanah / tapak yang bersesuaian dan bebas dari sebarang gadaian / bebanan ke atasnya. Pemohon perlu mendapatkan kebenaran pemilik tanah sekiranya bukan pemilik tanah tersebut
  • Mempunyai saiz keluasan tanah sekurang – kurangnya 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk rumah)
  • Bergantung kepada peruntukan kewangan

Perkara Yang Perlu Dilakukan

  • Membuat permohonan menggunakan borang yang boleh didapati di portal rasmi SPNB
  • Menyediakan laluan masuk ke tapak dan tapak binaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan
  • Menyediakan kemudahan bekalan air dan elektrik
  • Menyediakan penyambungan bekalan utama ke bangunan / rumah
  • Membuka akaun bagi tujuan pembayaran bulanan

Cara Mendaftar Rumah Mesra Rakyat

 

  • Layari laman web rasmi SPNB di http://rmr.spnbonline.com.my
  • Klik ikon “Pendaftaran Baru”
  • Masukkan alamat emel, negeri dan parlimen berdasarkan alamat tapak cadangan rumah dan juga nombor kad pengenalan (alamat emel akan dijadikan sebagai ID untuk log masuk akaun RMR)
  • Klik butang “Daftar” untuk pendaftaran ID
  • Pemohon akan menerima satu emel dengan butiran ID dan kata laluan yang telah didaftarkan

Cara Membuat Permohonan

  • Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang sah
  • Lengkapkan 11 bahagian yang terdapat dalam borang online
  • Pemohon perlu mengisi borang pra-pendaftaran yang boleh dimuat turun dari laman web
  • Borang pra-pendaftaran terdiri dari :

i) Surat Aku Janji Pemohon

ii) Surat Akuan Pelepasan Tuan Tanah 

iii)Borang Lawatan Tapak Bergambar

  • Lengkapkan borang tersebut, imbas dalam bentuk imej digital dan muat naik semula untuk pendaftaran
  • Pada bahagian J – Pilihan Memuat Naik Dokumen Pemohon, pilih samada Hantar Dokumen Online atau Hantar Dokumen Secara Manual di Pejabat YB Sokongan
  • Jika memilih Hantar Dokumen Online, pemohon perlu memuat naik beberapa dokumen sokongan yang diperlukan termasuklah Surat Aku Janji Pemohon, Surat Akuan Pelepasan Tuan Tanah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar
  • Pemohon akan dapat melihat senarai dokumen yang telah dimuat naik ke dalam sistem
  • Klik butang “Selesai Pendaftaran” sekiranya telah memuat naik kesemua dokumen
  • Klik butang “Selesai dan Cetak Borang” 

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan myKad pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan pemilik tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terkini
  • Salinan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terkini
  • Slip gaji terkini untuk tempoh 3 bulan / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua
  • Surat akuan sumpah atau surat pengesahan belum memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

Ciri-Ciri Rumah / Harga / Pinjaman / Bayaran Bulanan RMR

Berikut merupakan harga RMR di  Semenanjung Malaysia, Pulau di Semenanjung, Sabah, Sarawak, dan Labuan.

Kawasan : Semenanjung Malaysia

Keluasan Rumah : 1,000 kps

Harga : RM 75,000

Subsidi : RM 20,000

Jumlah Pinjaman : RM 55,000

Bayaran Bulanan : RM 300 (16 tahun)

Komposisi : 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air

Keluasan Tanah : 3,600 kps

 

Kawasan : Pulau Pinang

Keluasan Rumah : 850 kps

Harga : RM 85,000

Subsidi : RM 20,000

Jumlah Pinjaman : RM 65,000

Bayaran Bulanan : RM 352 (16 tahun)

Komposisi : 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air

Keluasan Tanah : 3,600 kps

 

Kawasan : Sabah / Sarawak / Labuan

Keluasan Rumah : 750 kps

Harga : RM 75,000 – RM 105,000

Subsidi : RM 20,000

Jumlah Pinjaman : RM 55,000 – RM 86,000

Bayaran Bulanan : RM 300 – RM 470 (16 tahun)

Komposisi : 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air

Keluasan Tanah : 2,800 kps

 

Senarai Harga RMR di Negeri Sarawak

Kuching : RM 75,000

Sibu : RM 84,000

Seri Aman, Miri, : RM 86,250

Bintulu

Sarikei : RM 88,500

Bentong, Mukah : RM 90,000

Lawas : RM 96,000

Limbang : RM 97,000

Kapit : RM 106,500

 

Senarai Harga RMR Di Sabah

Kota Kinabalu : RM 75,000

Tuaran, Penampang : RM 78,750

Kota Belud, Beaufort : RM 79,500

Sipitang, Keningau, : RM 82,500

Kota Marudu, Ranau,

Kua;a Penyu

Sandakan, Tawau, : RM 84,750

Kudat

Kunak, Tenom, Pitas, : RM 86,250

Lahad Datu, Telupid,

Semporna

Beluran, Nabawan : RM 87,750

WP Labuan : RM 93,750

 

Maklumat Lanjut

Pemohon boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini daripada :

Syarikat Perumahan Negara

Tingkat 8, Wisma Perkeso

Jalan Tun Razak

50400 Kuala Lumpur

 

Telefon : 03-2618 5555 atau hotline: 1300 80 3838

SMS : 019-2104000 

Emel : rmrinfo@spnb.com.my