SARA untuk Semua – RM 100 one off untuk Setiap Dewasa

SARA untuk Semua – RM 100 one off untuk Setiap orang Dewasa 18 ke atas.

RM100 Bantuan Tunai Individu Mulai 31 Ogos di Bawah Program SARA

Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai RM100 secara one-off kepada setiap warganegara dewasa melalui MyKad, yang boleh digunakan bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.

Digunakan di Lebih 4,100 Premis Seluruh Negara
Bantuan ini boleh dibelanjakan untuk barangan keperluan asas di lebih 4,100 pasar raya dan kedai runcit yang mengambil bahagian di seluruh negara.

RM2 Bilion untuk 22 Juta Rakyat Malaysia
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada penambahbaikan kepada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), dengan jumlah keseluruhan peruntukan kerajaan bagi tahun 2025 mencecah RM15 bilion.