Semakan Pembayaran Rayuan BSH

Tahun lalu ketika membentangjan Belanjawan 2019, Kerajaan telah mengumumkan bahawa program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah dijenamakan semula dan dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH). Bantuan ini akan tetap diteruskan demi membantu meningkatkan ekonomi rakyat dengan meringankan kos sara hidup seharian golongan (B40) berpendapatan rendah. Pemberian bantuan ini menunjukkan pihak kerajaan sangat prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada hari ini.

Bantuan Sara Hidup ini telah pun diberikan kepada penerima yang layak sejak awal tahun 2019. Fasa 1 dibayar pada 28 Januari 2019, Fasa 2 pula dibayar pada bulan 28 Mei 2019 dan Fasa 3 dibayar pada 28 Ogos 2019. Namun, bagi yang tidak tersenarai sebagai penerima bantuan, mereka perlu membuat rayuan mulai 1 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019 di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Bantuan ini sangat memberi impak dan kesan yang positif kepada penerima bantuan. 

Permohonan rayuan ini boleh dibuat secara online bagi pemohon yang berstatus tidak lulus dengan satu kod alasan sahaja. Pemohon juga boleh membuat rayuan bagi penambahan anak (terhad kepada 4 anak satu keluarga) dan kesemua rayuan perlu dilakukan secara online sahaja. Namun, sekiranya kod tidak lulus permohonan tidak disenaraikan untuk membuat rayuan, pemohon perlu datang ke cawangan LHDN dengan membawa dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang dinyatakan di dalam sistem.

Cara membuat semakan rayuan BSH adalah seperti berikut :

  1. Layari laman web https://bsh.hasil.gov.my/?aspxerrorpath=/SemakanRayuan.aspx
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Semak
  3. Anda dibawa ke skrin seterusnya dan ikuti arahan selanjutnya.
  4. Skrin bersama butiran berikut akan dipaparkan seperti Status Rayuan, Tarikh Borang    

    Rayuan Diproses, Jumlah Rayuan BSH, Jumlah Keseluruhan BSH serta Alasan Tidak 

    Lulus Rayuan.

  1. Permohonan rayuan hanya dibenarkan bagi pemohon yang tidak lulus dengan satu kod  

    alasan sahaja seperti :

  • Kod 05 – Semakan rekod agensi menunjukkan pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM 4,000
  • Kod 06 – Semakan rekod agensi menunjukkan pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM 4,000 termasuk pasangan
  • Kod 08 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • Kod 09 – Pemohon Berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • Kod 38 – Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi

Pemohon yang berjaya membuat rayuan akan menerima bantuan sebanyak RM 1,000 yang melibatkan isi rumah berpendapatan di bawah RM 2,000.

Manakala bagi isi rumah berpendapatan dari RM2,001 hingga RM3,000 pula akan menerima RM750. Bagi isi rumah dengan pendapatan RM3,001 hingga RM4,000 pula akan menerima bantuan RM500

Pembayaran rayuan BSH 2019 akan mula dibayar kepada pemohon mulai 30 September 2019. Pembayaran akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank pemohon seperti mana maklumat akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan rayuan BDH 2019. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 4.2 bilion bagi keseluruhan bayaran BSH 2019 ini termasuk bayaran rayuan. Pemberian bantuan ini telah disalurkan kepada 3.9 juta isi rumah yang telah diluluskan serta kadar bantuan tambahan sebanyak RM 120 bagi setiap orang anak dan terhad kepada 4 orang anak (maksima). Had umur anak tanggungan adalah berumur 18 tahun ke bawah serta anak OKU tanpa had umur. Pemohon boleh menghubungi pihak secretariat di talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mel kepada bsh@treasury.gov.my untuk sebarang maklumat lanjut.