Semakan Status Permohonan Bantuan JKM 2021

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan menyalur bantuan kepada kumpulan sasar berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Bantuan yang diberikan membolehkan masyarakat meneruskan kehidupan dengan teratur dan sempurna. Terdapat pelbagai skim bantuan diberikan samada secara bulanan atau sekali gus kepada kumpulan sasar. Walau bagaimana pun, tidak semua permohonan bantuan diluluskan kerana JKM akan membuat saringan supaya hanya penerima yang benar – benar layak sahaja akan menerima bantuan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah mengusulkan agar bantuan JKM dinaikkan menjelang tahun 2021. Semasa Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan beberapa skim bantuan JKM dinaikkan seperti Bantuan Bulanan OKU Tidak Berupaya Bekerja daripada RM 250 kepada RM 300, kadar Elaun Pekerja OKU RM 400 kepada RM 450 dan juga Bantuan Penjagaan OKU daripada RM 350 kepada RM 500. 

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp.

Bagi individu yang telah membuat permohonan bantuan, semakan boleh dibuat secara dalam talian juga. Cara membuat semakan permohonan bantuan adalah seperti di bawah.

Cara Membuat Semakan Permohonan Bantuan JKM 2021

  • Layari portal rasmi eBantuan JKM di spbk.jkm.gov.my
  • Klik butang Semakan Status Permohonan Talian
  • Nombor kad pengenalan diperlukan untuk membuat semakan
  • Klik butang Semak
  • Keputusan permohonan akan dipaparkan samada lulus atau gagal, jenis bantuan yang akan diterima 

 

Senarai Bantuan JKM 

Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan pelbagai skim bantuan kepada kumpulan sasar seperti berikut :

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
  • Bantuan Am Persekutuan (BA)
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP)
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  • Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
  • Tabung Bantuan Segera (TBS)

 

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkenaan bantuan JKM boleh diperolehi melalui cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat peringkat Bahagian / Daerah / Jajahan atau hubungi talian telefon di nombor 03-8000 8000. Anda juga boleh hadir ke ibu pejabat JKM di alamat berikut :

Jabatan Kebajikan Masyarakat, 

Aras 6, 9-18, 

No 55 Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.