CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS BSH( BANTUAN SARA HIDUP)
Selaras dengan hasrat kerajaan dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia, maka skim bantuan kewangan diteruskan buat rakyat Malaysia. Pada tanggal 6 Jun 2018, penerima bantuan akan mula menerima bantuan secara kredit terus ke akaun penerima. Makluman ini telah disiarkan di laman web rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat. Para penerima boleh membuat semakan di bank yang telah didaftarkan untuk dikreditkan bantuan tersebut. Bagi pemohon bantuan, beberapa cara boleh dilakukan bagi menyemak status Bantuan Sara Hidup 2018 dan salah satu cara yang lebih cepat untuk menyemak status tersebut adalah melalui laman web rasmi. Berikut dikongsikan cara – cara untuk membuat semakan permohonan BSHR.
Semakan Melalui Laman Web
- Layari laman web rasmi BSH iaitu https://bsh.hasil.gov.my
- Klik menu MyBSHR dan masukkan no kad pengenalan pemohon
- Klik Log Masuk dan pastikan anda menjawab soalan keselamatan sebelum Status Permohonan dipaparkan
Semakan Melalui Talian Hotline
- Anda boleh menghubungi talian hotline BSHR MOF di talian 03-88824565 atau 03-88824566
- Talian hotline BSHR LHDNM di talian bebas tol iaitu :1-800-88-2716 (Bermula jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang setiap hari bekerja sahaja)
- Anda boleh juga membuat semakan melalui faksimili MOF di talian 03-88823933
- Sila hubungi Sekretariat MOF yang berada di Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya untuk sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut
Semakan Melalui emel
Anda boleh menyemak status permohonan BSH melalui emel dengan menghantar email yang lengkap dengan butiran peribadi seperti nama penuh dan serta no kad pengenalan dan diemelkan terus ke alamat BSHR@treasury.gov.my
Semakan Menggunakan Aplikasi Mobile
- Anda boleh membuat semakan melalui telefon bimbit dengan memuat turun aplikasi BSHR di Google Playstore atau App Store
- Klik Semakan Status Bantuan Sara Hidup Rakyat melalui aplikasi telefon
Status Permohonan Bantuan Sara Hidup 2018
Berikut merupakan jenis status permohonan yang akan dipaparkan semasa membuat semakan secara online :
- Diterima: Permohonan telah diterima dan didaftarkan
- Dalam Proses : Permohonan sedang dalam proses semakan dan verifikasi
- Lulus : Permohonan adalah lulus / berjaya
- Ditangguhkan : Pemohon mengemaskini maklumat permohonan
- Tidak Lulus : Permohonan adalah gagal / tidak berjaya
- Status Kredit Tidak Berjaya : Sekiranya bantuan kewangan anda gagal dikreditkan ke dalam akaun penerima, satu surat akan dipos kepada pemohon untuk memaklumkan status gagal kredit. Seterusnya, penerima bantuan perlu hadir ke Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan beserta surat makluman untuk menunaikan wang tersebut
Perkongsian maklumat berkenaan cara semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat diharap dapat memudahkan para pemohon untuk membuat semakan dengan mudah, pantas dan tepat. Ia juga dapat memberikan maklumat tambahan berkaitan Bantuan Sara Hidup Rakyat serta dapat membantu menjawab pelbagai persoalan yang berkaitan.