Skim Khairat Kematian (SKK) merupakan skim yang diperkenalkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup (BSH). Ia sebenarnya skim yang telah menggantikan Insurans Takaful Berkelompok (i-BR1M) yang telah dilaksanakan pada tahun 2014 khusus untuk penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Penerima SKK ini dikhususkan untuk penerima BSH kategori Isi Rumah dan Bujang berumur 60 tahun dan ke atas sahaja. Jumlah bantuan yang diberikan kepada waris penerima BSH yang telah meninggal dunia adalah sebanyak RM 1,000.00 yang dibayar secara sekaligus. Walau bagaimana pun, hanya waris yang berdaftar di dalam sistem BSH sahaja yang boleh membuat tuntutan. Oleh sebab itu, setiap pemohon BSH perlu mengisi ruangan waris dengan lengkap supaya tuntutan boleh dibuat sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada penerima BSH seperti masalah kesihatan, kemalangan, kematian dan sebagainya.
Waris penerima BSH adalah layak membuat tuntut Skim Khairat Kematian 2020 sekiranya penerima BSH adalah layak menerima bantuan pada Fasa Pertama BSH 2020 tetapi telah meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020. Permohonan tuntutan boleh dilakukan mulai 1 Februari 2020 di cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran. Sekiranya penerima BSH tidak sempat membuat tuntutan BSH Fasa Pertama sebelum meninggal dunia, pewaris boleh membuat tuntutan bayaran Fasa Pertama BSH 2020 sahaja.
Senarai Individu Layak Jadi Waris Bsh
Individu yang layak menjadi senarai waris penama BSH adalah seperti berikut :
- Ibu
- Bapa
- Pasangan
- Anak
- Adik-Beradik
- Cucu
Dokumen Sokongan
Waris perlu mengemukakan beberapa dokumen pengesahan untuk membuat tuntutan seperti berikut :
- Sijil Kematian atau salinan sijil daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Kad pengenalan asal waris
- Dokumen pengesahan pertalian antara penerima dan waris
Cara Membuat Tuntutan Skim Khairat Kematian Skk Bsh 2020
-
- Waris yang berdaftar dan sah sahaja yang boleh membuat tuntutan
- Hadir ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bersama dokumen sokongan yang lengkap
- Sekiranya tiada sebarang masalah dengan dokumen sokongan, pemberian khairat kematian RM 1,000 akan diberikan kepada waris
- Sekiranya waris berdaftar telah meninggal dunia, waris lain perlu membuat permohonan dengan mengisi Borang Kemas Kini Maklumat Waris (BK-20)
- Sekiranya waris menghadapi kesukaran untuk datang ke Bank Simpanan Nasional atas sebab – sebab tertentu, waris boleh memberi keizinan kepada waris baru dengan mengemukakan surat keizinan pertukaran waris dari waris asal
- Hubungan waris baru yang dibenarkan adalah terhad kepada ibu / bapa/ pasangan / anak / adik-beradik / cucu kepada penerima BSH sahaja
Tarikh Membuat Tuntutan
- Tuntutan boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 sekiranya penerima merupakan penerima pembayaran Fasa Pertama dan Kedua, dan tarikh kematian adalah pada 1 Januari 2020 hingga 31 Januari 2020
- Tuntutan boleh dibuat mulai 17 Ogos 2020 sekiranya :
- i) Penerima merupakan penerima pembayaran Fasa Pertama, Kedua serta lulus
pembayaran fasa BSH seterusnya;
- ii) Permohonan baharu yang lulus BSH 2020; dan
iii) Tarikh kematian adalah pada 1 Februari hingga 31 Disember 2020
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkenaan Skim Khairat Kematian ini boleh diperolehi melalui laman web di https://bsh.hasil.gov.my/