Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Keputusan Rayuan diumumkan 7 November

Keputusan permohonan rayuan telah pun keluar. Mereka yang membuat rayuan boleh mula menyemak status rayuan mereka di sistem STR.  Status rayuan beserta dengan amoun yang dibayar akan di paparkan di dalam sistem STR.

STR Fasa 4

STR fasa 4 akan dibayar mulai 7 November, hari Selasa. Seperti kebiasaan, pembayaran adalah secara berperingkat.

Kategori Pembayaran STR fasa 4

Isi Rumah  bawah RM2,500

Bilangan Anak

0  RM 200

1-2 Anak RM 600

3-4 Anak RM 900

Lebih > 5  RM 1,200

 

Bujang 

Bayaran Berakhir fasa 3

 

 

STR fasa 3

Leibh 8 Juta penerima STR fasa 3 akan menerima bayaran sebelum Hari Raya Aidiladha.

 

 

STR Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2  mulai 5 April ini

Kemaskini dan Pendaftaran baru Sumbangan Tunai Rahmai (STR)

Anda tidak perlu mengemaskini jika tiada perubahan maklumat dan  mendapat bantuan berturut-turut sepanjang BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022

Mulai 1 Mac 2023, sehingga 31 Mac 20203

 

 

 

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan program bantuan tunai yang dijenamakan semula dari skim bantuan terdahulu iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-10, bantuan ini dikhususkan buat golongan B40 dan ke bawah berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Penjenamaan ini dibuat selaras dengan konsep ‘payung rahmah’ iaitu sebagai induk bagi bantuan – bantuan lain pada masa akan datang dan ianya akan sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa bagi membantu golongan B40 yang kurang berkemampuan.

Kerajaan hari ini yang disebut sebagai Kerajaan Perpaduan sangat mengutamakan pembelaan nasib rakyat yang kurang berkemampuan terutamanya bagi golongan rentan dan mudah terjejas. Pembayaran STR bagi Fasa 1 akan dibayar secara berperingkat iaitu mulai 17 Januari 2023 dengan peruntukan sebanyak RM 1.67 bilion. Bantuan ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima dari golongan B40 dan bantuan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang berdaftar dalam pangkalan data. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penerima perlu membuat penunaian tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Kadar bantuan STR Fasa 1 yang akan diterima adalah berdasarkan kategori yang telah ditetapkan iaitu sebanyak RM 300 untuk isi rumah, RM 100 untuk warga emas tiada pasangan dan RM 100 untuk kategori bujang. Jumlah penerima bantuan bagi kategori isi rumah adalah seramai 4.0 juta dengan implikasi kewangan sebanyak RM 1.2 bilion, warga emas tiada pasangan seramai 1.2 juta dengan implikasi kewangan RM 0.12 bilion dan kategori bujang 3.5 juta dengan implikasi kewangan RM 0.35 bilion. Semakan status STR boleh dibuat mulai 17 Januari 2023 melalui laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan log masuk MySTR menggunakan ID penerima.

 

Pendaftaran Akaun dan Log Masuk MySTR

Maklumat MySTR yang terdapat dalam pangkalan data merupakan maklumat MyBKM 2022.

 

  • Layari laman 
  • Masukkan nombor MyKad di ruangan MySTR 
  • Masukkan maklumat keselamatan
  • Masukkan kekunci keselamatan dan kata laluan
  • Pendaftaran berjaya dan pengguna boleh log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
  • ID MySTR akan disekat sekiranya salah kata laluan dan percubaan hanya dibenarkan maksima 3 kali sahaja
  • Sekiranya akaun telah disekat, pengguna perlu berhubung dengan pihak LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747

 

Talian Bantuan Khas Kerajaan 

Hotline STR LHDNM

  • 1-800-88-2747 

 

Hotline STR MOF

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

e-Mel

 

Alamat

  • Sekretariat STR
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    Presint 2

62592 Putrajaya