Program i-SURI telah diperkenalkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa KWSP 2018. i-SURI juga merupakan salah satu manifesto Pakatan Harapan semasa Pilihanraya Umum 2018. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (Operasi), Datuk Mohd Naim…