Ramai Rakyat yang menonton Pembentangan Bajet 2023 dengan penuh harapan , namun ternyata agak ramai yang juga kecewa apabila tiada pengumuman pengeluaran bersasar KWSP 2.0 seperti yang diharapkan oleh rakyat.
Ramai Rakyat yang masih terdesak akibat peningkatan bahan asas harga makanan dan kemelesetan ekonomi dunia yang tidak menentu yang menular di negara ini. Walaupun PKP telah ditamatkan , namun keadaaan ekonomi Malaysia masih amat mencabar, dan rakyat bergitu tertekan dengan tekanan kehidupan yang terpaksa dihadapi. Pengeluaran bersasar yang dibenarkan ini adalah untuk jangka masa pendek bagi meringankan bebanan kewangan individu yang terkesan dengan endemik Covid-19 dan kenaikan barag asa makanan. Sebilangan kecil telah kehilangan pekerjaan dan tiada sumber pendapatan lain bagi meneruskan kehidupan. Kemudahan pengeluaran yang dikhususkan kepada ahli yang benar – benar memerlukan merupakan peluang yang perlu digunakan sebaik – baiknya. Selain itu juga, wang tersebut yang digunakan bagi mendapatkan barangan keperluan membolehkan ekonomi negara dijana dan dapat memulihkan kitaran ekonomi serta perniagaan yang terjejas. Ahli KWSP akan menerima wang mereka melalui pengeluaran bulanan iaitu selama 12 bulan dan tidak, berikan secara one off bagi mengelakkan perancangan kewangan yang tidak teratur. Malah, dengan cara ini, ahli KWSP tersebut akan lebih berdisiplin dalam mengawal serta mengatur perbelanjaan bulanan mereka.